
Kebanyakkan orang awam merasakan jubah konvokesyen yang dipakai oleh graduan di universiti adalah berasal daripada budaya universiti di Eropah. Malah, pelbagai pendapat berkaitan asal usul jubah konvokesyen ini berlegar di kalangan sejarawan.
Pendapat Pertama
Kita sedia maklum tentang sejarah- sejarah yang ditulis oleh orientalis Barat yang cenderung mengatakan semuanya berpaksikan tentang kehebatan orang Eropah.
Orang Eropah mengatakan pakaian jubah konvokesyen dipakai oleh graduan pada masa sekarang adalah berasal mula pada abad ke-12. Mereka mengatakan pengaruh jubah adalah berasal daripada jubah paderi (lihat perbezaan gambar jubah di bawah yang jauh berbeza).

Sejarah tidak dapat dipadam dengan zaman Kegelapan Eropah (Dark Ages) abad ke-5 sehingga ke-15 yang mana Eropah melalui fasa kemunduran, kegelapan dari segi sosial, pentadbiran, institusi kesihatan termasuk institusi pendidikan. Pada zaman tersebut, pihak gereja Katolik telah menguasai pentadbiran negara serta memusuhi pendidikan. Berapa ramai ilmuan Kristian yang telah dituduh sebagai penyihir serta dihukum dengan kejam.

PENDAPAT KEDUA
Termaktub dan diiktiraf oleh UNESCO, universiti pertama serta tertua di dunia adalah Universiti Al- Qarawiyyin di Fez, Maghribi yang diasaskan pada 859 Masihi (Abad ke-8).

Universiti tertua ini yang menjadi satu- satunya tempat pemikir/ ilmuan serta sarjana dari seluruh dunia ketika itu di mana ketika itu tiada satu tempat seumpamanya wujud di dunia.
Universiti tersebut menjadi tempat mengajarkan matematik, perubatan, astronomy, geografi dan liguistik ketika itu. Bayaran percuma untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar menjadikannya amat popular di kalangan pencinta ilmu (Nota: ketika ini Eropah melalui Zaman Gelap).

Sarjana- sarjana dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi adalah antara sarjana yang banyak menjadi tenaga pengajar di sana. Orang Eropah seperti Gerbert de Aurillac (Pope Sylvester II), orientalis Belanda Jacob van Gool dan ramai lagi orang Eropah yang masuk melalui Konstantinople bermusafir menjadi pelajar di universiti tersebut.
Pengajar- pengajar yang berasal daripada Arab serta Parsi mengekalkan pakaian jubah yang besar manakala pengajar- pengajar tempatan (Maghribi) memakai jubah tradisi mereka yang memiliki hoodie.

Menjadi satu penghormatan kepada sarjana- sarjana tersebut di Kota Fez, Maghribi. Mereka dikenali dengan memakai jubah tradisi mereka yang besar dan labuh serta memiliki hoodie bagi sarjana Maghribi.

Penulis Orientalis Eropah Jack Goody dalam buku tulisannya ‘Islam In Europe’ terbitan 2004 menjelaskan jubah Arab (Thwab) mewariskan rekaan jubah konvo yang jelas serta menonjolkan ciri- ciri kesarjanaan di seluruh dunia akademik.

